SEBANYAK RM226,188 berjaya dikumpulkan daripada 178 buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan bagi menjayakan Program Wakaf Al-Quran Pendidikan di seluruh ibu kota. Malah, sebahagian daripada sumbangan itu diberikan kepada lima buah sekolah rintis wakaf al-Quran pendidikan pada satu program yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Sekolah terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1, Sekolah Kebangsaan Setapak, Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 2, Sekolah Kebangsaan Seri Bonus dan Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas, masing-masing menerima sebanyak 100 naskah al-Quran.
Sementara itu, sebanyak 3,000 lagi naskhah al-Quran bagi fasa pertama akan diagihkan pada 6 Oktober ini.